Tuesday, October 20, 2009

Sarawak



Sumber dari wikipedia dan sarawakiana.blogspot.com.

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

*Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

*Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sejarah Sarawak

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.



James Brooke's Personal Standard Flag
Bendera pertama yang digunakan oleh Rajah Brooke daripada 24 September 1841 - 20 September 1848 ,yang ketika itu wilayah jajahanya daripada Tanjung Datu ke Sungai Sadong. Dikibarkan buat pertama kalinya di atas kubunya di Belidah,Bau.


The First Sarawak State Flag
Bendera Sarawak yang pertama telah diilhamkan sendiri oleh Rajah Putih yang pertama iaitu Sir James Brooke.Ia telah digunakan daripada 21 September 1848 sehingga 6 Mei 1870 . Bendera ini bekibar selama 7 tahun pemerintahannya.Ketika itu Sarawak telah diperbesarkan dari Tanjung Datu sehingga Sungai Oya dalam Daerah Sarikei.


The Second Sarawak Flag
Bendera ini telah diguna daripada 7 Mei 1870 sehingga 23 Disember 1941 dibawah pemerintahan Rajah brooke yang kedua iaitu Sir Charles Brooke.

Di bawah merupakan antara bendera yang pernah digunakan oleh Sarawak sebagai bendera negeri :-


Japanese Flag


The Japanese Military Flag

Kedua - dua bendera ini telah digunakan daripada 24 December 1941 sehingga 14 August 1945 semasa pemerintahan Jepun ke atas Sarawak.












Australian Flag
Bendera Australia ini telah digunakan daripada 11 September 1945 sehingga 15 April 1946 setelah Australia membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Jepun.


Union Jack
Setelah Sarawak dijadikan salah satu negara jajahan British,Union Jack telah berkibar bersama Bendera negeri Sarawak daripada Julai 1946 sehingga 15 Sept 1963,


Sarawak Flag Flown During Colonial Time
Bendera ini telah dikibarkan selama tempoh 17 tahun apabila Sarawak menjadi salah satu negeri jajahan British. Dikibarkan daripada 1 Julai 1946 sehingga 16 September 1963 dan masih dikibarkan sepanjang 10 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia sebelum diganti dengan Bendera TTrisakti pada 31 Ogos 1973.


Trisakti Flag
YAB Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub memperkenalkan sehelai bendera baru (Trisakti) pada 31 Ogos 1973. Ia telah digunakan sehingga 30 Ogos 1988 sebelum diganti dengan bendera sarawak terkini.

0 comments: